Melakukan kerja-kerja pembersihan dan menguruskan hal ehwal berkaitan kebersihan pastinya memerlukan tenaga kerja yang mahir dalam bidang tersebut. Kami menyediakan perkhidmatan membekal tenaga kerja yang mahir sebagai Khidmat Pembersihan Umum (General Cleaning), Pembantu Rumah dan sebagainya.

Tenaga kerja yang kami sediakan telah mendapat latihan yang secukupnya sebelum mereka ini melakukan tugas yang telah dipertanggungjawab kepada mereka. Kami menyediakan tenaga kerja lelaki atau wanita bergantung kepada permintaan atau keperluan pelanggan. Tenaga kerja yang disediakan sesuai untuk pejabat, rumah dan sebagainya.

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan kami samada secara jam, harian, mingguan, bulanan atau dengan secara kontrak. Kami menyediakan tenaga kerja mahir yang sesuai dengan persekitaran kerja yang diperlukan oleh pelanggan dan mereka dibekalkan dengan peralatan yang sesuai atau yang diperlukan.

PembantuRumah-02