Sekapur Sirih

Assalammualaikum w.b.

Sesungguhnya, C&L Mesra Enterprise memiliki visi dan misi yang jelas untuk dimartabatkan sebagai sebuah syarikat bumiputera yang terunggul di Malaysia. Alhamdulillah, sejajar dengan aspirasi murni ini, C&L Mesra Enterprise kini sedang berkembang pesat sebagai sebuah syarikat 100% milik bumiputera dan sedang berada dilandasan yang betul untuk ke mercu kejayaan.

Rangkaian perkhidmatan C&L Mesra Enterprise yang meliputi perkhidmatan Dobi, Pembersihan dan Penyelengaraan, Lanskap dan Membekal Pekerja.

Bagi menyatakan keprihatinan kami terhadap keperluan anda, C&L Mesra Enterprise juga menyediakan latihan mantap dan sistematik kepada para pekerja secara berterusan bagi menjana iltizam dan kesungguhan bagi setiap pekerja C&L Mesra Enterprise.

Kami yakin, sesungguhnya syarikat ini masih baru, usaha yang gigih serta perkhidmatan yang mantap dan bermutu yang kami ketengahkan ini, dapat membantu kami menapak langkah demi langkah hingga ke mercu kejayaan.

Akhir kata, kami mengucapkan jutaan Terima Kasih di atas kesudian anda memberikan peluang dan kepercayaan kepada kami untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk anda.

“KEPUASAN ANDA MATLAMAT KAMI”

AHMAD BIN HASSAN
Pengurus,
C&L Mesra Enterprise

ahmad@cnl-mesra.com.my

SinarHarian